Friday 30 August 2013

Seriuslah sikit FAM

Tunku Ismail kesal badan induk bola sepak negara masih belum jalankan siasatan terhadap pengadil culas

Johor Bahru: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan ketelusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menangani isu rasuah terutama membabitkan pengadil perlawanan pada aksi Liga Malaysia (Liga-M), musim ini.

Tunku Ismail kesal betapa rakaman visual yang diedit tertumpu kepada beberapa keputusan pengadil perlawanan yang meragukan ketika aksi Johor Darul Takzim (DT) menentang Lions XII, 22 Julai lalu dan terbaru, FELDA United pada 24 Ogos lalu sudah dihantar kepada FAM tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

0 comments:

Post a Comment