Berberapa minggu lepas nama pelakon Kilafairy menjadi bualan ramai
kerana gambar kontroversi dia memakai baju tanpa seluar tersebar di
internet.
Isu berkenaan terus menjadi bualan dan liputan luas para blogger dan juga akhbar.
Dengan tersebarnya gambar itu nama pelakon Kilafairy terus melonjak naik dan di kenali ramai.
Selepas gambar yang kontroversi itu di muat naik, kini Kilafairy memuat naik gambar aksi manja dia bersama seorang lelaki.
Kelihatan Kilafairy telah memanjat naik diatas belakang lelaki tersebut kerana alasan takut pacat.
Tindakan spotan artis yang digelar Angelina Jolie itu hadir selepas terlalu takut digigit pacat.
Rata-rata peminat Kilfairy ketawa terbahak-bahak kerana mereka tahu pacat memang tiada di ladang kelapa sawit yang lapang.
Biasanya, pacat hanya hidup di tempat yang agak teduh, lembap dan
berair. Berdasarkan gambar terbabit jelas kelihatan bahawa lokasinya
adalah di ladang kelapa sawit.
Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang sanggup
mendokongnya. Jangan salah faham pula ye! Lelaki tersebut adalah ayah
kepada pelakon Kilafairy.
Jelas kelihatan kemesraan antara ayah dan anak perempuannya. Beruntung
sungguh ayah Kilafairy mendapat seorang anak yang sangat manja dan juga
cantik.
Friday 30 August 2013
Aksi manja Kilafairy bersama seorang lelaki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment