Saturday 21 April 2012

Tragedi Banjir Besar di Malaysia

Home » SEJARAH » Tragedi Banjir Besar di Malaysia Pernah ke anda melihat peristiwa banjir besar? Tahukah korang bahawa ada banyak kejadian dan peristiwa banjir besar dalam sejarah Malaysia. Berikut adalah peristiwa tersebut:


- PERISTIWA BANJIR BESAR TEBURUK direkodkan kat malaysia ialah pada tahun 1926. Peristiwa ini digelar "Bah Besar 1926"
- Antara fakta pasal bah besar 1926 -  keseluruhan Kuala Lumpur tenggelam. Turut melanda Kelantan, Terengganu & Perak. Di Perak, banjir telah memusnahkan Istana Sultan Perak - Istana Sri Sayong.
- Ketika kejadian Tanah Melayu masih dibawah jajahan British.
- PERISTIWA BANJIR TERBURUK KEDUA  ialah pada 1971. Direkodkan - hujan turun tanpa henti selama seminggu.
- banyak negeri di Semenanjung tenggelam, termasuk Sabah dan Sarawak.
- 50% Kuala Lumpur tenggelam dalam banjir 1971.
- paling teruk terkena banjir ni ialah pahang (Pekan, Kuala Lipis & kawasan yang sewaktu dengannya)
- Perdana Menteri masa tu - Tun Abdul Razak - mengisytiharkan darurat.
- 57 orang terkorban & kerugian yang dicatatkan ialah rm84.7juta.
- banjir 1971 surut seminggu kemudian.
- PERISTIWA BANJIR BESAR YANG LAIN yang direkodkan di Malaysia : 1931, 1947, 1954, 1957, 1967, 1971.
- banjir besar yang direkodkan dinegeri negeri tertentu dalam Malaysia : 1973, 1979, 1983, 2004.


Sekarang jom kita tengok gambar kejadian-kejadian banjir tersebut (tahun 1971):


1. Kuala Lumpur








2. Kuala Lipis, Pahang.







3. Kuala Kangsar, Perak. (tidak dapat dipastikan tahun kejadian)
 




















Pada sahabat, pembaca blog gambar terakhir adalah gambar yang mana tercatatnya peristiwa banjir-banjir yang berlaku. Setiap tarikh di anak tangga mewakili paras air semasa peristiwa tersebut. Lokasi adalah berhampiran padang SMK Raja Perempuan Kalsom,Kuala Kangsar. Okey tu je entri untuk kali ini.



0 comments:

Post a Comment